KENAPA PERLUNYA PENJENAMAAN SEMULA (REBRANDING)

Image may contain: one or more people


KENAPA PERLUNYA PENJENAMAAN SEMULA (REBRANDING)?.😊
.
.
SECARA teorinya ia kelihatan mudah berbanding pelaksanaan. Walaubagaimanapun ia terpaksa dibuat kerana jenama yang sedia ada tidak cukup kuat dan tidak memenuhi kriteria yang membolehkan jenama ini dilindungi.
.
.
Penjenamaan semula boleh menjadi satu strategi yang amat berkesan bagi sesuatu produk. Antara TUJUAN DAN FAEDAH yang dapat diperolehi daripada penjenamaan semula ialah:
.
.
1. UNTUK ‘KEKAL RELEVAN’
Seperti semua yang orang tahu, pasaran dan pelanggan akan sentiasa berubah. Begitu juga dengan persepsi mereka pada penampilan produk yang dilihat klasik atau ketinggalan zaman. Justeru, penjenamaan semula patut dilakukan bagi menangani keadaan ini.
.
2. MENCERMINKAN PERALIHAN
Produk yang terbaik datang dari sesebuah perniagaan yang inovatif dan dapat menyesuaikan diri dengan perubahan masa. Syarikat yang berjaya akan melihat peluang baru untuk mengembangkan lagi perniagaannya. Oleh itu dalam situasi tertentu usaha penjenamaan semula mungkin diperlukan untuk mengekalkan imej syarikat, selaras dengan fokus baru yang sebenar.
.
3. MENDAHULUI PELUANG
Kita hidup dalam teknologi yang sentiasa berubah malah kualiti dan gaya hidup kita juga turut berubah. Adalah penting untuk syarikat atau pemilik produk untuk mendapatkan perkembangan dalam kemajuan industri mereka. Jika ada satu peralatan atau penemuan yang menjadikan syarikat itu lebih cekap atau menguntungkan secara umum, maka mereka mesti mengambil kesempatan daripada itu. Cara terbaik untuk mendapat keuntungan ialah dengan mengoptimumkan jenama.
.
.
Akhir kata,penjenamaan semula adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan dengan serius, dikaji dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin agar ia boleh menghasilkan keputusan yang positif kepada perniagaan kita.
.
.
Sekian sahaja info untuk hari ini. Nantikan informasi2 yang seterusnya,
.
Terima kasih πŸ˜˜
.
.
CREATIVE BRILLIANT ARTS
LOCATED AT STATION 18, PENGKALAN PERAK.
.
.
Adress: NO.73A, JALAN PENGKALAN UTAMA 1, TAMAN PENGKALAN UTAMA, 31650 IPOH, PERAK.
.
Contact: 0175426061 πŸ˜‰
.
.
#duniaperniagaankita
#ilmuperniagaan
#fahami
#penjenamaansemula
#tipsusahawan
#tipsberjaya
#yakinboleh
#manfaatbersama


Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN STRATEGI PENJENAMAAN SEMULA (REBRANDING)

SEBAB KENAPA COMPANY MELAKUKAN ‘REBRANDING’

BEBERAPA CARA TERBAIK DALAM MELAKUKAN (REBRANDING)