BEBERAPA CARA TERBAIK DALAM MELAKUKAN (REBRANDING)

No photo description available.

BEBERAPA CARA TERBAIK DALAM MELAKUKAN (REBRANDING)
.
.
Cara terbaik penjenamaan semula ialah:
.
.
1.Logo yang lebih mudah, jelas, menarik dan segar.
.
Penjenamaan semula dari segi logo perlulah jauh lebih menarik berbanding versi yang sebelum-nya. Sekali pandang, ia kelihatan seolah-olah seperti rama-rama.
Penggunaan logo perlulah sangat mudah diingati, jelas dan mudah difahami maksudnya, reka bentuknya yang menarik dan sangat jauh berbeza dengan logo terdahulu yang lama
.
.
2.Garis panduan reka bentuk grafik.
.
Penjenamaan semula seolah-olah satu penjenamaan yang baharu. Jadi, reka bentuk grafik harus konsisten dan sama tidak kira apa jua bentuk bahan pemasaran yang ada. Contoh kelainan yang boleh dilakukan ialah dengan memperkenalkan elemen grafik yang jauh lebih ringkas, mudah tetapi menarik. Contohnya elemen grafik yang ada berunsur hitam dan putih serta satu lagi warna yang dimasukkan untuk me¬ngajak pembaca lebih fokus kepada mesej yang hendak disampaikan, terhadap bahan pemasaran itu.
.
.
3.Tidak hanya pada penjenamaan semata-mata, tetapi kualiti perkhidmatan juga.
.
Penjenamaan yang baik tidak akan lengkap sekiranya tidak mempunyai produk atau perkhidmatan yang baik. Mempunyai artikel yang menarik, poster yang hebat, infografik yang cantik, video yang memukau sahaja tidak mencukupi.
Para pelanggan pasti akan datang setelah melihat apa jua kandungan yang anda paparkan di setiap saluran pemasaran yang ada. Tetapi selepas mereka datang, adakah produk atau perkhidmatan anda sama atau melebihi apa yang bakal pelanggan anda tadi harapkan?
Jadi, produk dan perkhidmatan yang berkualiti juga sama penting untuk meletakkan jenama anda pada tahap yang tinggi.
.
.
Setakat ini sahaja info tentang beberapa cara terbaik dalam melakukan Penjenamaan Semula.
.
.
Diharapkan maklumat ini serba ,diharapkan ilmu ini dapat menambah pengetahuan anda.
.
.
Nantikan info yang seterusnya.
Sekian, Terima Kasih😊
.
.
CREATIVE BRILLIANT ARTS
LOCATED AT STATION 18, PENGKALAN PERAK
.
.
Adress: NO.73A, JALAN PENGKALAN UTAMA 1, TAMAN PENGKALAN UTAMA, 31650 IPOH, PERAK.
.
Contact: 0175426061
.
.
#ilmumanfaat
#strategiperniagaan
#duniaperniagaan
#maju
#jomkongsiilmu

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN STRATEGI PENJENAMAAN SEMULA (REBRANDING)

SEBAB KENAPA COMPANY MELAKUKAN ‘REBRANDING’